Hudud: antara dalil, nas dan pelaksanaan

0
21:20
Teringat masa mula-mula masuk UM, ketika itu isu hudud sangat panas. Pemahaman masyarakat tentang hudud sangat terhad. Senang kata, pemahaman masyarakat pada ketika itu yang sering dimomokkan oleh asatizah tentang hudud ialah, "tidak sokong hudud - Kafir. Kafir - Masuk neraka."

Namun alhamdulillah, Majlis Perwakilan Mahasiswa UM pada ketika itu telah mencetuskan satu dimensi baru dalam isu hudud dengan mengadakan satu forum yang bertajuk "Hudud: Relevan atau tidak di Malaysia". Tajuk forum tersebut akhirnya ditegur oleh kesemua panel yang hadir dengan mengatakan, isu hudud bukannya berkisar persoalan relevan ataupun tidak, kerana hukum Allah sudah tentu relevan.

Namun persoalannya ialah, bilakah masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud? Adakah ketika dalam keadaan rakyat tertekan dengan krisis ekonomi? Dan apakah model hudud yang paling sesuai untuk diamalkan di negara ini? Panel turut menyentuh soal kebersihan di Kelantan, bukankah kebersihan juga sebahagian daripada tuntutan dalam Islam? Sekali lagi, hudud tetap relevan, namun persoalan pelaksanaan itu yang sering menimbulkan polemik. Jangan risau, masyarakat sedia maklum mengenai kewajipan pelaksanaan hukum hudud, namun perkara apakah yang lebih menjadi keutamaan.

Yang pasti, melaksanakan hudud bukan semudah memberi jawapan "kalau tidak buat salah kenapa mesti takut hudud". Kami tidak takut pun kalau kaum kerabat kami dihukum hudud, kami lebih takut kalau kaum kerabat "dewa kuning" dan politikus kayu balak yang terlepas dari hudud. Apa kata perbaik ekonomi dahulu, sehinggakan rakyat hidup sedikit senang sehinggakan mereka tidak terpanggil lagi untuk melakukan jenayah.

0 comments:

Coretan sempena hari kebebasan akhbar sedunia

0
21:15
Utusan Melayu suatu ketika dahulu berjaya disusup masuk golongan kiri melalui A. Samad Ismail, atas sebab itulah jiwa perjuangannya lain macam dan radikal. Akhbar di Malaysia hari ini kekontangan pengamal media yang berjiwa aktivis dan radikal, sebab itulah akhbar di Malaysia agak terkebelakang. Saya rasa, akhbar di Malaysia perlu melakukan rombakan besar-besaran, ambil seramai mungkin golongan kiri yang intelek dan radikal dalam penerbitan, barulah gerakan media 
akan lebih kedepan dan digeruni barisan tirani.

Pak Lutfi dalam majlis sempena Hari Kebebasan Media Sedunia semalam ada menyebutkan salah satu kehebatan komuniti Cina di Malaysia ialah mereka kurang bergantung kepada aktor-aktor serta partai-partai politik, tidak seperti komuniti Melayu, jiwa hamba orang Melayu terhadap aktor politik sangat kuat. Hal ini mungkin disebabkan komuniti Cina tahu menghargai tokoh-tokoh dalam bidang yang lain. Cara fikir seperti inilah sebenarnya yang kita perlukan, kalau tidak aktor-aktor dan partai-partai politik akan sentiasa merasakan rakyat memerlukan mereka dan menganggap mereka ialah majikan kepada rakyat.

0 comments:

13 Mei 1969: "Parang Terbang" dan Pemikiran Melayu

0
10:24
Kelakar rasanya apabila berhujah dengan menggunakan ilmu-ilmu kebatinan ini. Saya bukan tidak percayakan ilmu-ilmu batin ini, cuma menegakkan hujah untuk menyokong sesuatu perkara yang zahir dengan perkara ghaib ini letaknya bukan di tempat pertama. Sama seperti seorang tuan guru yang menggunakan mimpinya bertemu wali sekian-sekian untuk meyakinkan pengikutnya bahawa ilmunya benar.
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah sendiri pun tidak menjadikan karamah seseorang wali sebagai hujah yang konkrit walaupun kewujudan karamah itu tidak dinafikan beliau. Jadi dalam isu parang terbang dan sebagainya, saya tidak pelik kalau perkara itu ada, cumanya menjadikan parang terbang sebagai satu bentuk hujah untuk mendakwa kebenaran sesuatu kelompok itu, itu bukanlah hujah yang kukuh.
Lagi satu, autoriti ilmu ini terlalu subjektif untuk dibahaskan dan tidak semestinya yang mempunyai gelaran ikhtisas itu berautoriti dalam ilmu. Dalam hujahan, bersandar kepada satu-satu individu (sama ada kiyai, lebai) dan juga kumpulan (tarikat, marhaban) yang tidak dijamin maksum bukanlah penghujahan yang mantap. Dalam 13 Mei, kita semua ialah mangsa konspirasi, Melayu-Cina bertempur akibat percaturan sang penguasa.



0 comments: