Agama Adalah Candu: Darjat kesufian yang tinggi

0
08:13
Aku mula merenung falsafah Karl Marx yang mengatakan "agama itu adalah candu", dan cuba untuk tidak statik dengan satu-satu aliran pemikiran yang membahaskan konsep sebenar kepada falsafah tersebut. Ada aliran yang langsung menyalahkan agama seratus peratus kerana falsafah ini, dan ada aliran pemikiran yang langsung menyalahkan Marx kerana mengeluarkan kenyataan ini.

Aku melihat falsafah tersebut hanyalah satu refleksi sosial Marx terhadap agamawan-agamawan di Rusia pada ketika itu yang cuba mencandukan rakyat dari mengkritik agamawan-agamawan kerana kekudusan institusi agama pada ketika itu. Candunya agama bagi Marx kerana golongan agama ini cuba menutup kelemahan pentadbiran mereka dengan kekudusan agama yang mereka miliki.

Mungkin juga Marx tidak menolak agama tetapi yang dimaksudkan dengan falsafah tersebut ialah tahap atau martabat seorang hamba dengan Tuhannya yang begitu akrab sehinggakan segala larangan Tuhannya tidak lagi menjadi satu kewajipan dalam keterpaksaan untuk ditinggalkan, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan inilah tahap ikhlas yang sangat tinggi. Candunya agama itu sehinggakan hati hambanya sering merindui Penciptanya sehinggakan tidak hinggap lagi kerinduan yang lebih daripada itu.

Ini hanya pandangan seorang hamba yang berfikiran positif terhadap falsafah Marxisme dan kos taraf hidup yang tinggi.

0 comments: