ISU KHALID JAAFAR: liberalkah PMIUM?

0
09:59
Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut, "didiklah anakmu sesuai dengan zamannya". Analoginya, jika pada zaman dahulu, mungkin kita masih lagi mampu menghalang anak-anak daripada menggunakan internet dan sebagainya atas faktor untuk mengelakkan anak-anak dari terpengaruh unsur-unsur tidak sihat dalam internet. 

Tetapi jika konsep didikan yang sama diterapkan dalam anak-anak sekarang, mungkin akan berlaku lebih banyak kontranya. Maka pendekatan yang paling sesuai ialah kita memandu anak-anak tersebut untuk menggunakan internet bagi mendapatkan unsur-unsur yang baik.

Sama halnya dengan keterbukaan PMIUM dalam membuka ruang perbincangan dengan aliran-aliran pemikiran yang lain baik komunis, sosialis dan sebagainya. Menyedari hakikat bahawa di zaman yang penuh terbuka seperti hari ini, hujah perlu dilawan dengan hujah. 

Kita mungkin mampu menyekat atau membunuh orang yang membawa aliran pemikiran itu tetapi aliran tersebut tetap akan hidup selagi mana falsafah tersebut tidak dipertikai, tidak diragui atau digoncang keabsahannya. Untuk menggoncang falsafah atau idea ini, maka disinilah perlunya mereka yang "mantap" akidahnya, "tulen" fikrahnya dan "sahih" ibadahnya ini datang untuk mewujudkan keraguan dan argumentasi terhadap aliran yang disyaki bercanggah dengan fikrah Islam itu. Persoalannya, dimanakah "antum" di saat kami-kami yang "celaru" dan penuh "naif" ini ingin mendengar hujah dan pendalilan kamu itu? 

Kalaulah Nabi Musa mampu menghadirkan diri untuk berbalas hujah dengan Firaun, kenapa kita tidak berani untuk melakukan perkara yang sama terhadap pendukung aliran lain? Adakah kita ini semulia Nabi Musa sehinggakan kita menutup langsung ruang perbincangan? Dan adakah lawan hujah kita itu sejahat Sultan Firaun sehinggakan kita langsung menutup telinga dari mendengar hujah balasnya?

Kalau kamu atau kita yakin kita berada di pihak yang benar kenapa kita harus takut untuk berdepan dengan mereka ini? Tidak perlu dirisaukan, minggu ini kita persilakan Khalid Jaafar yang kononnya pluralis itu untuk membentangkan idea, dan mungkin selepas ini kita boleh persilakan wakil ISMA atau PEMBINA pula untuk melawan hujah Pak Khalid itu. Ataupun kalau tiada wakil dari pihak kamu, kami tetap akan memanggil mereka yang kontradik dengan dalil Pak Khalid itu. Bukankah cara ini ialah cara yang penuh hikmah dan intelektual? 

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments: