Kepelbagaian jemaah; Satu rahmat

0
17:58
Sebenarnya saya langsung tiada niat lain menulis status provokasi terhadap ISMA melainkan hanya untuk bergurau senda. Maafkan saya sahabat-sahabat ISMA. Sekarang saya mahu murnikan semula keadaan. Beginilah, setiap jemaah ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Sebab itu wujudnya kepelbagaian jemaah, merupakan satu rahmat terhadap Islam. 

Perlukah kita perlekehkan jemaah ABIM, yang hebat hubungannya dengan gerakan Islam di negara-negara lain? Mampukah kita duduk berdiskusi dengan isu-isu yang kritikal dengan penuh intelektual seperti dibuat ABIM.

Siapa kita mahu merendahkan jemaah IKRAM, yang cemerlang dengan projek pertarbiahan dan misi-misi kemanusiaan antarabangsa?

Jemaah kita mungkin juga tidak sehebat jemaah tabligh, mampu berdakwah dari rumah ke rumah - pintu ke pintu menyeru orang Islam untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Biar sering dicerca dan ditohmah bukan-bukan. Mungkin kita tidak setabah mereka.

ISMA pun ada kelebihannya, fokus pertarbiahan dan dakwah mereka kepada konsep Melayu-Islam ada benarnya juga, kerana Melayu merupakan majoriti muslim di negara ini. Apabila orang Melayu sudah memahami Islam yang sebenar, barulah fokus itu dapat dialihkan kepada bangsa lain pula.

Jemaah PAS pula jagoan dalam bidang siasah (politik) Islam. Terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran dan hal ehwal politik menjadikan PAS sebagai rujukan kepada gerakan-gerakan Islam yang lain.

Alangkah 'sweet'nya perbezaan ini sekiranya dapat diuruskan dengan harmoni. Kalau mahu dirungkai perbezaan, sudah tentu banyak yang boleh diperolehi. Sehinggakan hidung (ada yang pesek, ada yang mancung) pun boleh dijadikan bahan perbandingan. Katalah jemaah kita yang paling hebat sekalipun, tetapi jangan pernah membuktikan kehebatan tersebut dengan cara merendah dan menjatuhkan orang lain.

0 comments: