Tempurung Bukan Langitmu ISMA

0
04:25
Sayangku ISMA. Tempurung itu bukan langitmu, alihkan tempurung itu dan saksikanlah bahawa langit yang biru itulah langit sebenarmu. Jangan disangkakan semua orang sepertimu, terimalah hakikat bahawa bumi ini bukan didiami oleh juak Melayu dan Muslim sahaja. Jangan menentang sunnatullah bahawa ada kalangan kita yang berfahaman komunis, ada yang pluralis, ada yang liberalis.

Kalaupun kamu berjaya liberalkan mereka, kafirkan mereka, sesatkan mereka, kemudian daripada itu apa hasilnya kalau kamu hanya mengukuhkan lagi sentimen? Kamu mahu buktikan Islam mampu memimpin dunia, tetapi kamu jugalah yang menafikannya dengan tindak-tandukmu.

Burhanuddin Al-Helmi ialah contoh tokoh reformis Nusantara yang sangat berjaya, tidakkah kamu mahu menaladaninya? Atau beliau pun liberal berpandukan kitabmu? Melayunya beliau jauh lagi kuat dari Melayumu, Islamnya beliau pun jauh dari Islammu. Tetapi beliau tetap berhasil mengepalai angkatan yang terdiri dari nasionalis, sosialis dan komunis tanpa sebarang prejudis. Dan berhasil memancarkan keizzahan Islam dari sudut pimpinannya.

Kita ada Al-Quran, kita ada Al-Sunnah, tinggal macam mana kita mahu praktikkan dalam waqi' (suasana) plural seperti di negara ini. Kegagalan orang Islam pada hari ini bukanlah kegagalan menghayati dan memahami nas Quran dan sirah, tetapi kegagalan dalam menterjemahkan sumber-sumber itu dalam suasana dan budaya setempat. Seperti mana kamu beroleh menafsirkan Islam dalam kerangka Melayu tempatan, kenapa kamu gagal menafsirkan Islam dalam suasana masyarakat tempatan yang plural ini.

Oh, kenyataan ini cukup terdedah untuk dilabel LIBERAL.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments: