Yahanana; Boleh menjadi kubur Gerakan Mahasiswa Islam

0
02:06
Gerakan mahasiswa Islam (GMI) tidak sepatutnya beroksigenkan "konsert tertentu", ketika mana tiada isu yang melibatkan konsert liar, bantahan konsert, gerakan ini akan menjadi mati (kerana kehabisan oksigen).

GMI tidak boleh terus bergantung hayat kepada konsert-konsert ini untuk terus hidup. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba kerajaan bertindak menukarkan semua konsert-konsert liar lagi mengghairahkan ini kepada "yahanana". Lalu dimanakah agaknya kubur gerakan mahasiswa Islam?

0 comments:

Gerakan Mahasiswa Islam; Kemana Halatuju Siasah dan Dakwahmu?

0
02:04
Apakah itu dakwah? Dakwah itu ialah mengedarkan risalah peringatan dan nasihat ketika hari Valentine, hari sambutan tahun baru dan malam sambutan hari Merdeka.

Apakah itu siasah (politik)? Siasah ialah membantah konsert-konsert liar dan tidak bertamadun, membantah pembantaian Muslim di Rohingya, Palestin dan sebagainya.

Kalau HANYA inilah perspektif dakwah dan siasah ahli gerakan mahasiswa Islam, kita sebenarnya telah mensekularkan dakwah pada waktu yang sama kita menentang sekularisme. Bukankah mengeluarkan rakyat dari kemiskinan, pemerasan, pencabulan kuasa penghakiman, pembodohan terhadap institusi pendidikan itu juga sebahagian daripada siasah Islam?

Bukankah memberi kesedaran tentang kasih sayang Islam terhadap golongan tidak bernasib baik dan diperas itu juga sebahagian daripada misi dakwah?

Sebenarnya, mehnah dan tribulasi (ayat klise dalam usrah) bukan sepenuhnya datang daripada penguasa yang zalim, sebaliknya datang daripada diri kita sendiri. AYUH AHLI GERAKAN MAHASISWA ISLAM, LUASKAN POTENSI DAKWAH DAN SIASAHMU!!!

0 comments:

Gerakan Massa Gandhi dan Abdul Rahman Limbong

0
02:03
Dalam kelas hari ini saya membentangkan hasil bedah filem Gandhi. Saya ialah antara pengkagum sosok tubuh intelektual ini, beliau seakan mirip dengan Haji Abdul Rahman Limbong (secara konseptualnya) dalam keberhasilan mereka menggerakkan kesedaran rakyat khususnya di desa-desa.

Caranya ialah dengan menyentuh isu asasi rakyat, kalau di India, Gandhi menggunakan isu cukai garam. Haji Abdul Rahman Limbong pula memperjuangkan isu cukai tanah. Isu-isu ini kebanyakannya menyentuh rakyat terbanyak.

Kalau dalam metod dakwah, apakah isu asasi tersebut? Tidak lain jawapannya ialah prinsip kemanusiaan, kerana prinsip ini berjaya melangkau sempadan agama, kepartian, bangsa dan sebagainya. Kerana agama tanpa adanya prinsip kemanusiaan itu tidak lebih sekadar upacara kerohanian sahaja.

0 comments:

Lagu Srikandi Cintaku; Satu Tribute Untuk Shamsiah Fakeh

0
01:52
Sambil menunggang motosikal tadi, tiba-tiba ternyanyi lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan oleh Bloodshed. Lantas membawa aku teringat kepada bacaanku di majalah ROTTW (majalah muzik bawah tanah) suatu ketika dahulu, bahawa lagu tersebut sebenarnya ialah satu tribute kepada Shamsiah Fakeh, seorang revolusioner di Malaya. 

Beliau merupakan seorang wanita yang memilih untuk berjuang di dalam rimba Malaya sehinggakan beliau digelar Ratu Rimba Malaya. Ada juga tersebar cerita bahawa beliau pernah membunuh anaknya sendiri bagi mengelakkan pergerakannya di hutan terbatas, namun beliau menafikan fitnah tersebut dengan mengatakan itu hanyalah propaganda British. 

Kisah percintaan beliau juga agak menarik kerana beliau telah berkahwin sebanyak lima kali termasuklah dengan Ahmad Boestamam, seorang pemimpin nasionalis. Dikatakan beliau bercerai dengan Ahmad Boestamam akibat tidak mampu menerima prinsip Ahmad Boestamam yang memilih membayar denda daripada dipenjarakan ketika mana Ahmad ditahan British. Namun, sejauhmana kesahihan cerita ini masih tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. 

Kalaulah Shamsiah Fakeh dilahirkan di Indonesia, aku yakin kisah perjuangan beliau akan difilemkan kerana warga Indonesia jauh lebih menghargai jasa pejuang-pejuang haluan kiri, kerana bagi mereka, merdeka dengan darah jauh lebih mulia dari merdeka dengan rayu-rayuan. 


http://m.youtube.com/watch?v=0rjmTv53Ark

0 comments:

ISU KHALID JAAFAR: liberalkah PMIUM?

0
09:59
Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut, "didiklah anakmu sesuai dengan zamannya". Analoginya, jika pada zaman dahulu, mungkin kita masih lagi mampu menghalang anak-anak daripada menggunakan internet dan sebagainya atas faktor untuk mengelakkan anak-anak dari terpengaruh unsur-unsur tidak sihat dalam internet. 

Tetapi jika konsep didikan yang sama diterapkan dalam anak-anak sekarang, mungkin akan berlaku lebih banyak kontranya. Maka pendekatan yang paling sesuai ialah kita memandu anak-anak tersebut untuk menggunakan internet bagi mendapatkan unsur-unsur yang baik.

Sama halnya dengan keterbukaan PMIUM dalam membuka ruang perbincangan dengan aliran-aliran pemikiran yang lain baik komunis, sosialis dan sebagainya. Menyedari hakikat bahawa di zaman yang penuh terbuka seperti hari ini, hujah perlu dilawan dengan hujah. 

Kita mungkin mampu menyekat atau membunuh orang yang membawa aliran pemikiran itu tetapi aliran tersebut tetap akan hidup selagi mana falsafah tersebut tidak dipertikai, tidak diragui atau digoncang keabsahannya. Untuk menggoncang falsafah atau idea ini, maka disinilah perlunya mereka yang "mantap" akidahnya, "tulen" fikrahnya dan "sahih" ibadahnya ini datang untuk mewujudkan keraguan dan argumentasi terhadap aliran yang disyaki bercanggah dengan fikrah Islam itu. Persoalannya, dimanakah "antum" di saat kami-kami yang "celaru" dan penuh "naif" ini ingin mendengar hujah dan pendalilan kamu itu? 

Kalaulah Nabi Musa mampu menghadirkan diri untuk berbalas hujah dengan Firaun, kenapa kita tidak berani untuk melakukan perkara yang sama terhadap pendukung aliran lain? Adakah kita ini semulia Nabi Musa sehinggakan kita menutup langsung ruang perbincangan? Dan adakah lawan hujah kita itu sejahat Sultan Firaun sehinggakan kita langsung menutup telinga dari mendengar hujah balasnya?

Kalau kamu atau kita yakin kita berada di pihak yang benar kenapa kita harus takut untuk berdepan dengan mereka ini? Tidak perlu dirisaukan, minggu ini kita persilakan Khalid Jaafar yang kononnya pluralis itu untuk membentangkan idea, dan mungkin selepas ini kita boleh persilakan wakil ISMA atau PEMBINA pula untuk melawan hujah Pak Khalid itu. Ataupun kalau tiada wakil dari pihak kamu, kami tetap akan memanggil mereka yang kontradik dengan dalil Pak Khalid itu. Bukankah cara ini ialah cara yang penuh hikmah dan intelektual? 

0 comments:

Tempurung Bukan Langitmu ISMA

0
04:25
Sayangku ISMA. Tempurung itu bukan langitmu, alihkan tempurung itu dan saksikanlah bahawa langit yang biru itulah langit sebenarmu. Jangan disangkakan semua orang sepertimu, terimalah hakikat bahawa bumi ini bukan didiami oleh juak Melayu dan Muslim sahaja. Jangan menentang sunnatullah bahawa ada kalangan kita yang berfahaman komunis, ada yang pluralis, ada yang liberalis.

Kalaupun kamu berjaya liberalkan mereka, kafirkan mereka, sesatkan mereka, kemudian daripada itu apa hasilnya kalau kamu hanya mengukuhkan lagi sentimen? Kamu mahu buktikan Islam mampu memimpin dunia, tetapi kamu jugalah yang menafikannya dengan tindak-tandukmu.

Burhanuddin Al-Helmi ialah contoh tokoh reformis Nusantara yang sangat berjaya, tidakkah kamu mahu menaladaninya? Atau beliau pun liberal berpandukan kitabmu? Melayunya beliau jauh lagi kuat dari Melayumu, Islamnya beliau pun jauh dari Islammu. Tetapi beliau tetap berhasil mengepalai angkatan yang terdiri dari nasionalis, sosialis dan komunis tanpa sebarang prejudis. Dan berhasil memancarkan keizzahan Islam dari sudut pimpinannya.

Kita ada Al-Quran, kita ada Al-Sunnah, tinggal macam mana kita mahu praktikkan dalam waqi' (suasana) plural seperti di negara ini. Kegagalan orang Islam pada hari ini bukanlah kegagalan menghayati dan memahami nas Quran dan sirah, tetapi kegagalan dalam menterjemahkan sumber-sumber itu dalam suasana dan budaya setempat. Seperti mana kamu beroleh menafsirkan Islam dalam kerangka Melayu tempatan, kenapa kamu gagal menafsirkan Islam dalam suasana masyarakat tempatan yang plural ini.

Oh, kenyataan ini cukup terdedah untuk dilabel LIBERAL.

0 comments: