Lagu Srikandi Cintaku; Satu Tribute Untuk Shamsiah Fakeh

0
01:52
Sambil menunggang motosikal tadi, tiba-tiba ternyanyi lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan oleh Bloodshed. Lantas membawa aku teringat kepada bacaanku di majalah ROTTW (majalah muzik bawah tanah) suatu ketika dahulu, bahawa lagu tersebut sebenarnya ialah satu tribute kepada Shamsiah Fakeh, seorang revolusioner di Malaya. 

Beliau merupakan seorang wanita yang memilih untuk berjuang di dalam rimba Malaya sehinggakan beliau digelar Ratu Rimba Malaya. Ada juga tersebar cerita bahawa beliau pernah membunuh anaknya sendiri bagi mengelakkan pergerakannya di hutan terbatas, namun beliau menafikan fitnah tersebut dengan mengatakan itu hanyalah propaganda British. 

Kisah percintaan beliau juga agak menarik kerana beliau telah berkahwin sebanyak lima kali termasuklah dengan Ahmad Boestamam, seorang pemimpin nasionalis. Dikatakan beliau bercerai dengan Ahmad Boestamam akibat tidak mampu menerima prinsip Ahmad Boestamam yang memilih membayar denda daripada dipenjarakan ketika mana Ahmad ditahan British. Namun, sejauhmana kesahihan cerita ini masih tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. 

Kalaulah Shamsiah Fakeh dilahirkan di Indonesia, aku yakin kisah perjuangan beliau akan difilemkan kerana warga Indonesia jauh lebih menghargai jasa pejuang-pejuang haluan kiri, kerana bagi mereka, merdeka dengan darah jauh lebih mulia dari merdeka dengan rayu-rayuan. 


http://m.youtube.com/watch?v=0rjmTv53Ark

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments: